KPKT optimis laksana konsep ‘sisa kepada tenaga’dalam dua tahun lagi

KPKT Optimis
23 Mar 19

JITRA, 23 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) optimis mampu melaksanakan konsep 'waste to energy' (WTE) atau sisa kepada tenaga dalam tempoh dua tahun lagi ke arah menghapuskan tapak pelupusan sampah, sekaligus membentuk komuniti lestari di negara ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata konsep itu juga selari dengan Dasar Komuniti Negara (DKN), dalam usaha menerapkan nilai-nilai baik agar masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap komuniti masing-masing.

Beliau berkata untuk merealisasikan konsep itu, semua pihak terutama di peringkat anggota masyarakat perlu bekerjasama antaranya dengan mengasingkan sisa makanan dan botani di peringkat komuniti, sebelum lebihan sampah yang lain dihantar ke tapak pelupusan.

Related News