Tukar sampah jadi wang

TUKARSAMPAH
18 Jan 18

ALOR SETAR – Syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, E-Idaman Sdn. Bhd. (E-Ida­man) melakar sejarah tersendiri apabila memperkenalkan kad debit dengan mata ganjaran menerusi program Recycle for Life (RFL).

Kad ini menawarkan ganjaran tunai bagi pengguna yang menghantar barang-barang kitar semula di mana-mana 12 lokasi pe­ngumpulan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Ida­man, Mhd. Saiful Anuar Zainal berkata, kad pintar tersebut merupakan inovasi pihaknya de­ngan sasaran 100,000 pengguna berdaftar pada tahun ini.

Katanya, program tersebut diperkenalkan untuk meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk di negeri ini dan mengurangkan kebergantu­ngan terhadap penggunaan tapak pelupusan sampah.

Related News