Youth Entrepreneurship Program (YEP)

Selaras dengan dasar pembangunan belia negara dimana aspek keusahawanan merupakan salah satu bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan, Environment Idaman Sdn Bhd menyediakan satu program yang menyasarkan golongan belia Bumiputera berumur tidak melebihi 35 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya di dalam bidang Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Antara Objektif “Youth Entrepreneurship Program" (YEP) ini adalah:

  • Membuka peluang perniagaan dan keusahawanan kepada golongan muda, terutamanya graduan, dan secara tidak langsungnya mengurangkan kadar pengangguran di negeri Kedah and Perlis,
  • Memperkasakan usahawan setempat dengan memberi peluang untuk penglibatan terus di dalam aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam,
  • Memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru di dalam mewujudkan persekitaran yang mampan dalam menyahut aspirasi kerajaan untuk pengurangan sisa ke Tapak Pelupusan, peningkatan kadar kitar semula dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau. 

Syarat penyertaan program ini adalah seperti berikut: 

  • Terbuka kepada Vendor/Kontraktor yang dilahirkan pada tahun 1984 dan ke atas
  • Pemilik syarikat perlu mengemukakan Salinan Kad Pengenalan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah atau Diploma dalam apa-apa bidang (Sila Kemukakan Transkrip Ijazah atau Diploma asal & salinan).
  • Tempoh pendaftaran: 13hb - 17hb Januari 2019

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kontrak & Perolehan (Unit Tender) di talian 012-427 0982 (Iffah) / 019-550 6155 (Diana) / 019-235 6083 (Salwani).